Pagi tadi kami memasang 6 kubur di Kampung Pagar Sasak. dalam perjalanan, tayar lori pulak pancit, peralatan pulak tak lengkap, lambatlah kerja tukaran tayarnya. Pada mulanya tuan penempah mahukan 2 set kepok dengan tapak simen, bila tiba di kubur, beliau hanya meminta satu set sahaja memandangkan kubur yang satu lagi, sudah ada kepungan padanya. Tak mengapalah, dah rezeki kami takat tu pagi ni. Malangnya satu kubur namanya belum siap disebabkan kesilapan teknikal, harap maaf ya. Alhamdullilah, beliau akan membuat tempahan lagi, cuma nak pastikan nama si mati terlebih dahulu, boleh lah kami pasangkan nama yang tak ada tu nanti.
Hari ni macam-macam dugaan yang ditempuhi. Dengan fon yang bermasalah, habis kreditnya, dan habis baterinya, perkhidmatan kami sebelah petangnya di Kampung Peruang ni, tidaklah memuaskan hati mana bagi kami. Berbanyak maaf saya ucapkan pada kakak penempah ni. Beliau datang dari Penang, kebetulan ada urusan di sini, maka beliau berhajat memasang kepok pada kubur arwah ibunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan