Jumaat, 26 Februari 2016

Kampung Peruang

Pagi tadi kami memasang 6 kubur di Kampung Pagar Sasak. dalam perjalanan, tayar lori pulak pancit, peralatan pulak tak lengkap, lambatlah kerja tukaran tayarnya. Pada mulanya tuan penempah mahukan 2 set kepok dengan tapak simen, bila tiba di kubur, beliau hanya meminta satu set sahaja memandangkan kubur  yang satu lagi, sudah ada kepungan padanya. Tak mengapalah, dah rezeki kami takat tu pagi ni. Malangnya satu kubur namanya belum siap disebabkan kesilapan teknikal, harap maaf ya. Alhamdullilah, beliau akan membuat tempahan lagi, cuma nak pastikan nama si mati terlebih dahulu, boleh lah kami pasangkan nama yang tak ada tu nanti.

Hari ni macam-macam dugaan yang ditempuhi. Dengan fon yang bermasalah, habis kreditnya, dan habis baterinya, perkhidmatan kami sebelah petangnya di Kampung Peruang ni, tidaklah memuaskan hati mana bagi kami. Berbanyak maaf saya ucapkan pada kakak penempah ni. Beliau datang dari Penang, kebetulan ada urusan di sini, maka beliau berhajat memasang kepok pada kubur arwah ibunya.




Kampung Tanjung Gahai

Bertarikh 24 Feb..

Hari ni kami memasang 3 set kepok biasa dengan batu nisan sungai. Malangnya hari ni saya tertinggal fon pulak, tak boleh lah nak upload gambar. Tak apa lah, ada rezeki kami ke sana pulak nanti, akan saya paparkan gambar kepok-kepok berkenaan.

Kubur ini ditempah melalui agen saya di Kampung Kuala Medang, iaitu pak Mat Ejah namanya. Sebut pasal Pak Mat ni, memang pengalaman yang tak dapat dilupakan lah.. hihihi.. Ringkasnya, kira-kira 4 @ 5 bulan yang lalu, kami pergi memasang di Kampung Kuala Medang, di mana di situlah kami berkenlaan dengan Pak Mat ni. Sembang punya sembang, dsebabkan beliau bercakap dalam dialek Kelate, "bertemu gu" lah kami nampaknya. Tup tap tup tap rancak sungguh kami berbual, saya sangat terkejut bila beliau nyatakan beliau berasal dari kampung saya! Aih.. jiran sekampung rupanya.. MasyaAllah, kuasa tuhan, rupanya beliau adalah bapa sepupu sebelah mak saya..! hahahaha, meriah kubur pagi tu dengan hilaian ketawa kami, Siapa sangka dapat bertemu saudara sendiri semasa memasang kubur, Kenangan indah pertemuan di kubur lah ni.. hihihihi.. Maka dari situlah Ayah Long ni bermula sebagai agen kami di Kuala Medang. Tuan penempah ni pulak merupakan adik angkat beliau.

Tuan penempah ni berkongsi dengan kami tentang wasiat ibunya yang meminta supaya kubur beliau menggunakan batu nisan dengan hiasan batu sungai di atasnya. Kami diminta mengisikan tanah hanya sedikit untuk beliau adik beradik menambahkan pasir dan batu sungai kemudiannya. Nanti sampai masa saya akan kongsikan gambarnya ya..

Kampung Salang

Cuti raya Cina yang lalu, Kami pun turut sama bercuti. Ambik kesempatan pulang ke kampung halaman di Kelate dan ada jugak la memasang beberapa set kepong di sana. Kemudian banyak kami lakukan kerja-kerja pembuatan di bengkel, tambahkan stok kepok, buatkan proses kemasan kepok dan banyak lagi lah. Nanti bila saya ada masa saya akan kongsikan mengenainya ya..

Kubur Kampung Salang ni, kalau tak salah saya di panggil kubur Dusun Muda ke apa? Entahlah kurang pasti saya. Ini kira kubur pertama yang kami pasang selepas cuti raya cina pada 21 Feb yang lalu.

Tuan kubur penempah ni banyak bercerita tentang pengalaman kerja beliau semasandahulu, menarik juga ceritanya, antaranya pengalaman bekerja dengan syarikat Jepun, dan macam-macam lagi lah. Masa bekerja tak lah terlalu bosan, ditemani cerita macam-macam oleh beliau. Awalnya nampak macam pendiam orangnya, tapi tak sangka pula, sangat ramah orangnya.. 
Terima kasih banyak kami ucapkan pada saudara..

Alhamdullilah, semasa kami memasang kepok ni ada 3 keluarga yang bertanyakan tentang kepok kami, Harap kami ada rezekilah terima tempahan daripada mereka nanti, Insya Allah. Mungkin sebab hari itu hari Ahad, ramailah orang datang melawat ke kubur kan.




Selasa, 2 Februari 2016

Kampung Dusun Kuala Lipis

Hari Ahad yang lalu kami menjalankan misi memasang 5 set kepok biasa di Kampung Dusun...

5 set kepok 



 2 set kepok



3 set kepok


Terima kasih banyak diucapkan kepada akak2...