Jumaat, 22 Januari 2016

Seberang Jelai Bahagian 1

Jumaat yang Indah..

Misi pagi ini menerjah Kampung Seberang Jelai.. Perjalanan dalam setengah jam kami tiba di Tanah Perkuburan Lama Seberang Jelai..

Lemah semangat memandangkan lokasi kubur yang ingin dipasang kepok berada nun jauh di pedalaman kubur.. Tiada pilihan, dengan bersusah payah kami mengangkat barang-barang, walaupun berat, dan letih, tetap kami teruskan. Berapa kali berhenti ambik nafas daa.. huhuhu.. Alhamdullilah cuaca pagi ini amat memihak kepada kami, dengan aura mendung selesa bekerja lah kami jadinya..

Sebenarnya Cikgu menempah 3 set Trazo Tulis, tetapi memandangkan hari ini Hari Jumaat, terpaksa kami memasang 2 set dahulu, bimbang En Bos tak sempat nk semayang Jumaat nanti. Terima kasih banyak kepada pihak cikgu yang memahami.. Alhamdullillah semasa sesi memunggah barang, ada seorang pelawat kubur yang telah membuat tempahan untuk arwah ibunya. Maknanya tempahan beliau akan kami siapkan bersama 1 lagi set trazo Cikgu nanti, rasanya mungkin Isnin minggu depan.

Berikut saya sisipkan gambar semasa proses pemasangan kepok


Tanah diletakkan di dalam tapak.. Alahai, kerasnya tanah sebab sudah banyak hari hujan tak turun..


Kelihatan En Bos tengah setting kedudukan kepok atas tapak.. curi ambik gambar dia.. kalau dia tahu kena leter ni.. hahahha.. sorry bos,nak wat pelaris sikit


Satu kepok sudah siap dipasang, cuma tinggal bahagian kemasan akhir sahaja lagi..



Taraa... Siap sudah 2 set Trazo Tulis.. Minggu depan kita tengok gambar bertiga pulak ye..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan