Khamis, 28 Januari 2016

Sungai Koyan

Pagi tadi kami berada di Sungai Koyan menjalankan misi memasang kepok set Trazo tanpa tapak yang ditempah seorang saudara yang bekerja di lombong emas.. Menarik mendengar pengalaman kerja beliau. Sapa yang tak suka dengar pasal emas kan? hihihi..

Terima kasih banyak adik..


Kampung Seberang Jelai - Bahagian 2

Hari itu hari Isnin.. Hari Isnin yang damai..
Seperti yang dikatakan sebelumnya.. kami menyambung misi ke Kampung Seberang Jelai..

Inilah hasilnya..
Kubur 3 Set Trazo Tulis yang ditempah oleh seorang Ustaz Tahfiz yang mengajar di sekolah di Kampung Gua...





Pada mulanya kami menyiapkan kubur kepok biasa yang membuat tempahan semasa kami memasang 2 set trazo Ustaz pada hari Jumaat yang lalu. Inilah dia....




Kemudian misi set trazo ketiga diteruskan...
Che Wan menarik kepok ke kiri...

Eh Eh.. Ditariknya pula ke kanan... 
Owh.. Nak samakan kedudukan kepok atas tapak...

Set ketiga Trazo Tulis sudahpun siap..


 Ini lah dia.. 3 set Trazo yang ditempah Ustaz.. Menarik bukan?


Terima kasih Ustaz, Terima Kasih Seberang Jelai.. Harap kita berjumpa lagi, ya..
Alhamdullillah..

Jumaat, 22 Januari 2016

Kampung Berembang

Masih lagi hari Jumaat yang Indah..

Petang ini misi kami ke kampung Berembang pula yang ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai..



En Bos bersama The Boy menyiapkan Set Kubur Tapak Simen Putih 




Pokok renek disirami air sebelum ditinggalkan menghiasi pusara





Hasil Akhir...



P/S : En Din, maafkan kami sekiranya ada terkurang di mana-mana... Kami sentiasa akan cuba memperbaiki kelemahan demi memuaskan hati para pelanggan kami..




Seberang Jelai Bahagian 1

Jumaat yang Indah..

Misi pagi ini menerjah Kampung Seberang Jelai.. Perjalanan dalam setengah jam kami tiba di Tanah Perkuburan Lama Seberang Jelai..

Lemah semangat memandangkan lokasi kubur yang ingin dipasang kepok berada nun jauh di pedalaman kubur.. Tiada pilihan, dengan bersusah payah kami mengangkat barang-barang, walaupun berat, dan letih, tetap kami teruskan. Berapa kali berhenti ambik nafas daa.. huhuhu.. Alhamdullilah cuaca pagi ini amat memihak kepada kami, dengan aura mendung selesa bekerja lah kami jadinya..

Sebenarnya Cikgu menempah 3 set Trazo Tulis, tetapi memandangkan hari ini Hari Jumaat, terpaksa kami memasang 2 set dahulu, bimbang En Bos tak sempat nk semayang Jumaat nanti. Terima kasih banyak kepada pihak cikgu yang memahami.. Alhamdullillah semasa sesi memunggah barang, ada seorang pelawat kubur yang telah membuat tempahan untuk arwah ibunya. Maknanya tempahan beliau akan kami siapkan bersama 1 lagi set trazo Cikgu nanti, rasanya mungkin Isnin minggu depan.

Berikut saya sisipkan gambar semasa proses pemasangan kepok


Tanah diletakkan di dalam tapak.. Alahai, kerasnya tanah sebab sudah banyak hari hujan tak turun..


Kelihatan En Bos tengah setting kedudukan kepok atas tapak.. curi ambik gambar dia.. kalau dia tahu kena leter ni.. hahahha.. sorry bos,nak wat pelaris sikit


Satu kepok sudah siap dipasang, cuma tinggal bahagian kemasan akhir sahaja lagi..



Taraa... Siap sudah 2 set Trazo Tulis.. Minggu depan kita tengok gambar bertiga pulak ye..